Pemajuan kawasan baru dengan ladang
Tuesday, 4 October 2011
Kilang memproses Kayu getah kami ingin membeli kawasan kayu getah tua
Syarikat kami memerlukan batang getah tua untuk kilang proses kayu getah
dalam kuantiti yang kecil ataupun yang besar. Pokok getah tua dari Ladang
getah kecil atau besar, Estate, Risda, Felda, Felcra, Kesedar, Ketengah,
Kejora ataupun pekebun-pekebun kecil yang ingin menanam semula getah bolehlah
menghubungi kami untuk meratakan kawasan ladang dan mengeluarkan batang kayu
getah tua dengan menawarkan harga yang tinggi kepada pemilik
kerja-kerja yang akan kami jalankan termasuk menumbangkan pokok getah,
memotong batang getah, mengeluarkan batang getah dari ladang, membina lining
dan teres semula dan menanam semula anak getah.
inginkan servis kami hubungi 0199027015 Yus
Friday, 30 September 2011
trading membekalkan dan menjual lembu-lembu untuk qurban dalam kuantiti yang banyak
Syarikat baru sahaja mendapat bekalan pembekal lembu AP yang boleh membekalkan lembu secara pukal dalam kuantiti yang besar ada beratus-ratus ekor lembu yang diimport dari negara thailand,
terdiri
Syarikat mengusaha pasir sungai
Sekarang ini syarikat bergiat dengan perusahaan pasir sungai untuk kegunaan pasir menambung kawasan pembinaan, pasir sungai diambil di Sungai Kelantan di kampung bandar Kerawang Pulai Chondong Kelantan
sehari dijangkakan akan keluarkan pasir sebanyak 30 lori
sehari dijangkakan akan keluarkan pasir sebanyak 30 lori
Saturday, 23 April 2011
Pemilikan Tanah seluas 8 ekar di Bukit Segoto Gading Galoh
Kawasan bukit ini berbatu tetapi tanahnya subur dimana tanahnya jenis tanah Laterite + gambut, walaupun permukaan bukit ini berbatu dengan jenis batu tongkol yang besar-besar sebesar kereta tetapi Syarikat amat berminat dengan kedudukan tanah dan lokasi tanah ini kerana sesuai untuk dibina penempatan seperti rumah dan pejabat syarikat. Tumbuhan yang ada diatas muka bumi bukit ini adalah terdiri pokok-pokok kayu secondary + pokok-pokok kayu primary. Syarikat bercadang ingin membina rumah penginapan dikelilingi dengan dusun durian jenis klon 197 atau durian kunyit, pokok-pokok rambutan sekolah dan dokong serta nangka mastura.ditengah pula ditanam dengan getah seluas 4 ekar dan dihujung ditanam dengan gaharu seluas 2 ekar
Saturday, 26 March 2011
Sektor Perladangan sawit & getah, Penternakan, Kawasan getah tua, Pembersihan kawasan,Penerokaan kawasan baru dan Projek Tanaman Serai
PENGENALAN DAN SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT
Setakat ini Syarikat Palma Resources sedang berusaha untuk mempergiatkan lagi projek tanaman dan penternakan dan mencari dan mendapatkan kawasan baru.
Syarikat Palma Resources ditubuhkan khas untuk memajukan tanah baru untuk ladang dan penerokaan kawasan tanah kerajaan dan tanah rezab kerajaan seperti rezab loji air, rezab sungai dan rezab hutan.
Palma Resources beroperasi pada 1 Februari 2010 dan didaftarkan dibawah SSM pada 15 MAC 2011 dan bergiat aktif di Negeri Kelantan dalam sektor Perladangan sawit & getah, Penternakan, Kawasan getah tua, Pembersihan kawasan,Penerokaan kawasan baru dan Projek Tanaman Serai juga membuat kerja-kerja pembersihan bangunan, jual beli tanah-tanah lot perumahan, tanah-tanah lot perladangan selepas kelulusan permohonan dan tanah- tanah kampung
PENEROKAAN KAWASAN BARU SYARIKAT
Pada masa kini Syarikat mempunyai empat kawasan tanah baru yang ditawarkan oleh kerajaan untuk dimajukan iaitu di muka bukit Kg Pek Machang, Muka bukit Kg Cabang Tongkat Pasir Putih, Muka bukit Kg Tok Bok kolam air panas dan Sokor Taku Tanah Merah Kelantan. Keseluruhan kawasan tersebut berkeluasan 3000 ekar untuk dimajukan dan dijadikan Ladang Estate milik Syarikat dengan tanaman Getah dan Sawit.
KAWASAN LADANG TERNAK BARU MILIK SYARIKAT
Syarikat juga ditawarkan dengan 3 kawasan untuk dimajukan bagi tujuan penternakan Lembu dan Kambing iaitu di Padang Kemuncup Temangan, Bukit Permata Pulai Chondong dan Kg Limau Hantu Paloh Rawa Machang.
Syarikat telah menempatkan lembu baka cross sebanyak 100 ekor atas tender AP di Kg Padang Kemuncup kerana keluasannya 200 ekar, 60 ekor lembu baka kampung diladang ternak Bukit Permata dan mendirikan sebuah Pusat Penyembelihan di situ dan menempatkan sebanyak 50 ekor lembu baka brahman dan Cross untuk penyembelihan harian. Dibukit Permata juga diternak kambing baka Boer untuk tujuan penyembelihan dan pembiakan.
KAWASAN PENTERNAKAN LEMBU BAKA CROSS, LEMBU KAMPUNG DAN KAMBING
Kawasan penternakan lembu baka cross, lembu kampung dan kambing untuk pembiakan dan pembakaan di buat di ladang ternak Kg Padang Kemuncup Temangan dimana lembu tersebut di biakkan untuk dijual hidup dan juga untuk tujuan penyembelihan di pusat penyembelihan Bukit Permata.
PUSAT PENYEMBELIHAN HARIAN LEMBU DAN KAMBING
Pusat penyembelihan Bukit Permata menyediakan sebuah infrastruktur yang lengkap dan menyediakan bekalan lembu dan kambing yang mencukupi untuk penyembelihan harianPROJEK TANAMAN SERAI
Syarikat juga menjalankan projek tanaman serai di tanah-tanah baru milik syarikat di tempat tanaman getah dan sawit tanaman serai ditanam diantara ruangan teres pokok getah dan teres pokok sawit.
Setakat ini Syarikat Palma Resources sedang berusaha untuk mempergiatkan lagi projek tanaman dan penternakan dan mencari dan mendapatkan kawasan baru.
KAWASAN TANAMAN GETAH
Syarikat mempunyai tanaman getah di kawasan seluas 1000 ekar di dua kawasan iaitu Kg Pek Machang dan Kg Cabang Tongkat Pasir putih Kelantan setakat ini anak getah baru berusia satu tahun dan ada yang masih baru ditanam
KAWASAN TANAMAN SAWIT
Syarikat juga mempunyai tanaman sawit di kawasan seluas 500 ekar di dua kawasan iaitu Kg Pek Machang dan Kg Cabang Tongkat Pasir putih Kelantan setakat ini anak getah baru berusia satu tahun dan ada yang masih baru ditanam
Subscribe to:
Posts (Atom)