Saturday 26 March 2011

Sektor Perladangan sawit & getah, Penternakan, Kawasan getah tua, Pembersihan kawasan,Penerokaan kawasan baru dan Projek Tanaman Serai

 PENGENALAN DAN SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT

Syarikat Palma Resources ditubuhkan khas untuk memajukan tanah baru untuk ladang dan penerokaan kawasan tanah kerajaan dan tanah rezab kerajaan seperti rezab loji air, rezab sungai dan rezab hutan.

Palma Resources beroperasi pada 1 Februari 2010 dan didaftarkan dibawah SSM pada 15 MAC 2011 dan bergiat aktif di Negeri Kelantan dalam sektor Perladangan sawit & getah, Penternakan, Kawasan getah tua, Pembersihan kawasan,Penerokaan kawasan baru dan  Projek Tanaman Serai juga membuat kerja-kerja pembersihan bangunan, jual beli tanah-tanah lot perumahan, tanah-tanah lot perladangan selepas kelulusan permohonan dan tanah- tanah kampung


PENEROKAAN KAWASAN BARU SYARIKAT
 Pada masa kini Syarikat mempunyai empat kawasan tanah baru yang ditawarkan oleh kerajaan untuk dimajukan iaitu di muka bukit Kg Pek  Machang, Muka bukit Kg Cabang Tongkat Pasir Putih, Muka bukit Kg Tok Bok kolam air panas dan Sokor Taku Tanah Merah Kelantan. Keseluruhan kawasan tersebut berkeluasan 3000 ekar untuk dimajukan dan dijadikan Ladang Estate milik Syarikat dengan tanaman Getah dan Sawit.





KAWASAN LADANG TERNAK BARU MILIK SYARIKAT

 Syarikat juga ditawarkan dengan 3 kawasan untuk dimajukan bagi tujuan penternakan Lembu dan Kambing iaitu di Padang Kemuncup Temangan, Bukit Permata Pulai Chondong dan Kg Limau Hantu Paloh Rawa Machang.
  Syarikat telah menempatkan lembu baka cross sebanyak 100 ekor atas tender AP di Kg Padang Kemuncup kerana keluasannya 200 ekar, 60 ekor lembu baka kampung diladang ternak Bukit Permata dan mendirikan sebuah Pusat Penyembelihan di situ dan menempatkan sebanyak 50 ekor lembu baka brahman dan Cross untuk penyembelihan harian. Dibukit Permata juga diternak kambing baka Boer untuk tujuan penyembelihan dan pembiakan.





KAWASAN PENTERNAKAN LEMBU BAKA CROSS, LEMBU KAMPUNG DAN KAMBING

Kawasan penternakan lembu baka cross, lembu kampung dan kambing untuk pembiakan dan pembakaan di buat di ladang ternak Kg Padang Kemuncup Temangan  dimana lembu tersebut di biakkan untuk dijual hidup dan juga untuk tujuan penyembelihan di pusat penyembelihan Bukit Permata.






PUSAT PENYEMBELIHAN HARIAN LEMBU DAN KAMBING
Pusat penyembelihan Bukit Permata menyediakan sebuah infrastruktur yang lengkap dan menyediakan bekalan lembu dan kambing yang mencukupi untuk penyembelihan harian



PROJEK TANAMAN SERAI

Syarikat juga menjalankan projek tanaman serai di tanah-tanah baru milik syarikat di tempat tanaman getah dan sawit tanaman serai ditanam diantara ruangan teres pokok getah dan teres pokok sawit.




Setakat ini Syarikat Palma Resources sedang berusaha untuk mempergiatkan lagi projek tanaman dan penternakan dan mencari dan mendapatkan kawasan baru.

KAWASAN TANAMAN GETAH
Syarikat mempunyai tanaman getah di kawasan seluas 1000 ekar di dua kawasan iaitu Kg Pek Machang dan Kg Cabang Tongkat Pasir putih Kelantan setakat ini anak getah baru berusia satu tahun dan ada yang masih baru ditanam 







KAWASAN TANAMAN SAWIT

Syarikat juga mempunyai tanaman sawit  di kawasan seluas 500 ekar di dua kawasan iaitu Kg Pek Machang dan Kg Cabang Tongkat Pasir putih Kelantan setakat ini anak getah baru berusia satu tahun dan ada yang masih baru ditanam