Saturday 23 April 2011

Pemilikan Tanah seluas 8 ekar di Bukit Segoto Gading Galoh

Kawasan bukit ini berbatu tetapi tanahnya subur dimana tanahnya jenis tanah Laterite + gambut, walaupun permukaan bukit ini berbatu dengan jenis batu tongkol yang besar-besar sebesar kereta tetapi Syarikat amat berminat dengan kedudukan tanah dan lokasi tanah ini kerana sesuai untuk dibina penempatan seperti rumah dan pejabat syarikat. Tumbuhan yang ada diatas muka bumi bukit ini adalah terdiri pokok-pokok kayu secondary + pokok-pokok kayu primary. Syarikat bercadang ingin membina rumah penginapan dikelilingi dengan dusun durian jenis klon 197 atau durian kunyit, pokok-pokok rambutan sekolah dan dokong serta nangka mastura.ditengah pula ditanam dengan getah seluas 4 ekar dan dihujung ditanam dengan gaharu seluas 2 ekar